Thursday, January 20, 2011

BERITA TERGEMPAR!!ADUN MERLIMAU(N27), DATUK MUHAMMAD HIDHIR ABU HASAN TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

20 JANUARI- Adun Merlimau (N27) telah kembali ke rahmatullah pada tengah hari ini. Allahyarham Datuk Hidhir memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri Melaka.  Beliau yang telah di masukkan ke wad Rawatan Rapi Kardiologi (CCU) pada minggu lepas selepas mengadu sakit dada ketika berada di Japerun Merlimau. Sesungguhnya seluruh negeri Melaka telah kehilangan seorang pemimpin yang berwibawa. Segala jasa-jasa Allahyarham hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya. Salam takziah dari kami, teriakanmelaka kepada seluruh keluarga Allahyarham dan kami mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat....Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment